Kit Kat ialah biskut wafer yang disaluti
coklat enak yang dicipta oleh syarikat Rowntree
Mackintosh dari York, England. Kini Kit Kat dihasilkan di seluruh dunia
oleh Nestle, yang telah mengambil alih Rowntree pada 1988. Tapi kini Kit Kat
bukan lagi sekadar biskut coklat enak yang dimakan, malah sudah menjadi idaman
hampir 1 Billion pengguna smartphone di seluruh dunia. Apa kena mengena Kit
Kat dengan pengguna smartphone?
Google
pemilik sistem operasi Android kepada lebih 750 juta pengguna smartphone
seluruh dunia telah membuat penggumuman pada bulan September 2013 bahawa mereka
membuat penjenamaan bersama dengan Nestle untuk versi terbaru sistem operasi
Android ---> Kit Kat 4.4. Satu kolaborasi yang besar dunia
teknologi dan dunia konfeksi. Dan berita ini amat mengejutkan buat dunia
teknologi.
Sememangnya
Android sebelum ini menggunakan nama-nama manisan (deserts) untuk menamakan sistem
operasi yang ditingkatkan seperti cupcake, éclair dan juga ice cream sandwich,
tetapi penggunaan jenama besar konfeksi memberikan satu kelainan dalam
pendekatan penjenamaan kali ini.
Penamaan Kit Kat
John
Lagerling, pengarah perkongsian global Android menjelaskan bahawa tak ramai
orang yang mengetahui rasa pai limau nipis (key lime pie). Salah satu
snek yang kami simpan di dapur untuk kerja lewat malam adalah Kit Kat. Dan di
situ tercetusnya idea untuk menamakan Kit Kat untuk hasilan terbaru mereka.
Mereka menghubungi JWT (agensi pengiklanan Nestle di London) untuk mencadangkan
satu perkongsian bukan-kewangan dengan Nestle. Tak sampai 24-jam Nestle telah
bersetuju dengan cadangan tersebut,…tetapi dengan satu syarat!
Google
akan mendapat akses kepada jenama Kit Kat untuk perisian Android mereka
sekiranya Nestle mendapat akses kepada jenama Android untuk coklat bar mereka.
Kedua-dua pihak bersetuju dan kini Android telah melancarkan perisian Kit Kat
mereka manakala Nestle akan menjual lebih dari 50 juta coklat bar yang
memaparkan mascot Android ke 19 negara termasuk Australia.
Inilah
dia perkongsian 2 dunia berbeza – satu cara penjenamaan yang menguntungkan
kedua belah pihak. Syabas diucapkan buat Google dan Nestle.
kredit: Android.com

No comments:
Post a Comment